Sabtu, 01 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » 20 GRO ditahan

20 GRO ditahan

Gambar hiasan

SEGAMAT - Seramai 20 GRO warga asing dari dua pusat hiburan berasingan di daerah ini ditahan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, malam kelmarin.

Mereka ditahan sempena Ops Noda yang turut disertai anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, serbuan dibuat tinjauan intipan sejak tengah malam kelmarin.

Menurutnya, polis mendapati kedua-dua pusat hiburan itu menggunakan khidmat pelayan wanita warga asing.

“Kesemua pelayan wanita warga asing yang ditahan berusia antara 25 hingga 55 tahun dan bekerja tanpa permit sah selain tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Selain itu, seorang pemilik premis pusat hiburan itu yang berusia 55 tahun juga turut ditahan untuk siasatan kerana gagal kemuka dokumen menjalankan pusat hiburan yang sah di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan tempat-tempat hiburan (Negeri Johor) dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Mohd Kamil berkata, serbuan ke atas pusat hiburan, berjaya mencekup 10 GRO warga asing terdiri daripada warga Vietnam dan Thailand.

Katanya, dalam serbuan di bandar Segamat pula, berjaya menahan empat pekerja Thailand, empat warga Vietnam serta Laos dan Singapura dengan masing-masing seorang.

“Sebanyak 10 unit pelbagai peralatan di pusat hiburan terbabit turut dirampas untuk dijadikan bahan bukti.

“Antaranya satu unit pembesar suara, satu unit pemain cakera padat digital (DVD) jenama Ricson, dua keping resit jualan, satu unit mesin karaoke, satu buku jadual kerja, satu unit mikrofon dan wang tunai berjumlah RM981,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar